Wednesday, 31 October 2012

soalan dan latihan



 Soalan 

1. Nyatakan erti Pahala dan Dosa ?

    Pahala ialah……………
    Dosa ialah…….

2. Senaraikan lima(5) amalan yang mendapat pahala dan lima (5) perkara yang mendapat dosa ?


Amalan yang mendapat pahala


perkara yang mendapatkan dosa

1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.


selamat menjawab...








Monday, 29 October 2012

ERTI DOSA



Pengertian Dosa
Dosa ialah balasan buruk diakhirat keatas hambanya yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan larangannya.Antara perkara yang diberi balasan dosa ialah mencuri,bergaduh,conteng dinding dll.

Cara mengelak dosa
-      Memohon perlindungan Allah daripada godaan  syaitan
-      Mematuhi nasihat Ibu bapa dan guru
-      Memilih kawan yang berakhlak mulia
-      Berusaha menjauhi perbuatan yang keji

Monday, 22 October 2012

ERTI PAHALA



Pengertian Pahala
Pahala ialah balasan baik yang dikurniakan Allah kepada hambanya kerana mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.Diantara amalan yang diberi ganjaran Pahala adalah seperti bersedekah,menolong ibu-bapa,solat,gotong royong dan sebagainya.

Cara –cara mendapat pahala
-      Menepati hukum syarak
-      Disertai dengan niat yang ikhlas
-      Melakukan perkara kebaikan
-      Meninggalkan perkara yang dilarang
Kawan-kawan, ingatlah setiap amalan kita akan diberi ganjaran atau balasan





Allah akan memberi ganjaran pahala kepada orang yang suka membuat perkara yang baik.